20 Tahun Ambil Shaklee Apa Jadi Pada Buah Pinggang

Assalamualaikum semua..

Apa akan jadi kalau ambil Shaklee lama-lama? Ada effect kat buah pinggang tak? Ramai orang kata akan ada kesan kat buah pinggang….betul ke?

buah-pinggang

Sebenarnya Shaklee satu-satunya produk yang ada Land Mark Study dan kajian itu terbukti menunjukkan bahawa vitamin Shaklee lebih berkesan berbanding vitamin lain. Kajian itu juga membuktikan bahawa pengguna vitamin Shaklee mendapat kesan yang positif walaupun selama 20 hingga 50 tahun selepas pengambilannya.

Haaaa…..best tak? dah tua tapi masih sihat dan bertenaga. Selalunya orang dah berumur senja ni asyik rehat je kan..buat kerja sikit dah mengah-mengah, pastu sakit pinggang la lutut la.

Tapi berbeza sangat kalau sejak muda mudi lagi duk amal ambil supplement Shaklee ni, bila dah berumur badan masih sihat. Otak masih ligat buat macam-macam research. Macam ayah upline saya ni, umur dah 64 tahun tau tapi masih boleh belajar buat PHD! dah nak habis pun.. Sangat hebat, saya pun berasa malu. hu hu..

Ayah upline saya ni dah lama ambil Shaklee. Beliau pernah ada darah tinggi masa umur 27 tahun dan diabetis masa umur 30an sebab keturunan ada diabetis. Tak pernah ambil ubat hospital hanya ambil vitamin Shaklee aje. Alhamdulillah…buah pinggang beliau masih elok dan 100% masih elok.

Anak dia pulak a.k.a upline saya ni hidup hanya dengan satu ovari saja. Ovari satu lagi tu rosak sebab sakit pcos. Dengan izin Allah beliau boleh melahirkan 6 orang anak. Tak pernah buat operate atau drill cuma ikhtiar dengan vitamin Shaklee aje.

Pengguna Shaklee lebih 20 tahun
Pengguna Shaklee lebih 20 tahun

Jadi, bila ada orang claim yang makan Shaklee lama-lama buah pinggang akan rosak sebenarnya itu hanyalah mitos semata-mata. Ramai lagi pengguna shaklee medapat kesihatan yang baik setelah sekian lama mengamalkan Shaklee.

Sekian..

 

Petua Cantikkan Wajah Secara Semulajadi

 

Assalamualaikum sahabat yang saya kasihi..

Alhamdulillah….hari ni saya nak kongsi Petua Cantikkan Wajah Secara Semulajadi. Caranya senang je..

Pernah dengar tak orang buat masker dengan telur putih?

ye..telur putih mentah tu sapu kat muka.

Dulu2 saya selalu buat..memang best kulit muka jadi tegang dan tak berminyak.

cuma hanyir sikit lah.

Tapi tak de lah kuat sangat bau hanyirnya sebab saya campurkan dengan jus limau nipis dan madu.

Seeloknya buat dengan telur ayam kampung..haa..lebih asli dan natural gittew..

kelebihan buat masker telur putih ni banyak..antaranya:
————————–——————-

1) melembabkan kulit wajah

2) mengecutkan jerawat

3) menegangkan kulit wajah

4) menghilangkan minyak di muka

5) menghalus dan melicinkan kulit.

Cara2nya:
—————

– Ambil telur putih ayam kampung, perah sedikit limau nipis dan madu.

– Kacau sehingga rata dan sapu pada wajah.

– Biarkan semalaman, esoknya basuh dengan air suam.

15078665_1076817699082114_2692204737863463738_n


**amalkan secara konsisten ok!

Cara Berhenti Merokok Dengan Mudah

Assalamualaikum semua..

Perokok tegar boleh stop ke??

eh..mustahil lah!!

Bukan senang nak stop merokok nih, kalau dah berbelas tahun lagi lah susah kan.

Saya akui memang payah. Saya tak merokok, suami saya tak merokok tapi saya faham.

Perkara yang selalu kita buat memang susah nak tinggal. Sedar je dari tidur pekena sebatang. lepas makan ambil sebatang kalau tak loya je tekak..duk nyembang-nyembang rokok kene ada kat mulut as peneman. sebelum tidur pula layan jap sebatang tidak tak lena nak tidur..

Sebab dah biasa sangat dah sebati dalam diri…macam mana nak stop??

Cuba perlahan2 beberapa tips ni:

1) Cuba sibukkan diri atau pura2 buat terlupa

2) Bila teringiiin sangat cuba gantikan dengan gula-gula atau makanan lain

3) Kuat kan semangat, fokus dengan matlamat ingin stop merokok

4) Luahkan perasaan kepada orang tersayang

5) Kurangkan bergaul dengan golongan perokok

6) Ambil supplement untuk mengurangkan ketagihan

14753304_1131609280209965_6182787204188497100_o

Cara Rawat Alergik Seafood

Assalamualaikum…hai..

Sedih betul saya tengok orang ada alergik ni..nak nak pulak alergik seafood..memang hilang satu nikmat makan tau..mana tak nye makanan seafood best wooo…lagi2 udang..buat sambal petai udang..perrrgh..
Saya pernah tengok anak jiran sebelah rumah ni, teruk betul alergik budak tu..sampai berair dan jadi kudis..bila dah berkudis tinggal parut la..hu hu..
akak sorang ni pun ada alergik seafood jugak..bila die try supplement untuk hilangkan elergik memang menjadi!!
Bukan main gumbira lagi boleh layan seafood puas-puas..selain tu badan rasa cergas semacam, gatal-gatal hilang terus.

Alhamdulillah..Allah bagi keizinan.

Alergik seafood?

pm saya @ wssp 013-2262920

10330468_664113690292862_6732169740364568955_n

6 Sikap Orang Bisnes Yang Saya Belajar Melalui Bisnes Shaklee

Salam sejahtera semua..

Sejak saya decide untuk buat bisnes shaklee secara konsiten banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Saya dulu boleh dikatakan “bagai katak dibawah tempurung”.. Saya langsung tak ambil tahu (malas sebenarnya) pasal isu semasa. Apatah lagi nak ambil tahu pasal teknologi canggih yang sedang berkembang pesat sejajar dengan zaman kemodenan.

Bila tersedar saya sudah jauh ketinggalan. Masa umpama 360 darjah berlari meninggalkan saya. Kadang-kadang saya berasa mengah. Saya terhenti. Lantas cepat-cepat tersedar dari lamunan. Saya kembali berlari!

Kalau kita lihat ramai orang buat bisnes secara online. Melalui pelbagai medium seperti Facebook, Instagram, Blog dan macam-macam lagi. Dan saya mencuba nasib dengan membuat bisnes shaklee.

So amazing, tiba-tiba minda saya sedikit terbuka. Banyak benda sebenarnya yang saya tak tahu. Dan saya rasa seronok untuk belajar dan explore kecanggihan ini. Dalam bisnes shaklee saya dapati 6 sikap orang bisnes yang saya belajar melalui bisnes online.

  1. Berani mencuba

Berani mencuba sesuatu yang baru.

“jom buat bisnes..”tak reti..tak pandai..tak minat”

“eh, beli la vitamin ni bagus..ramai orang guna kata berkesan..”

“maafla..aku tak cukup duitla..cukup2 untuk makan je ni..”

Dulu saya pon macam ni jugak. Banyak sangat dalih, sebab yelah dah selesa dengan cara hidup macam ni. Tapi saya tak pernah terpikir untuk buat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Macam bagi sedekah juta2 kat anak yatim..ataupun..bawak anak jalan2 pergi oversea. tak ke itu boleh buat hati mereka gembira?

kita tak cukup duit untuk beli itu ini(apatah lagi nak bersedekah)tapi tak nak mencuba sesuatu untuk keluar daripada “kesempitan” itu. persoalannya sampai bila kan..

2. Fokus

Buat bisnes ni bukan senang. Lebih lagi surirumah..pikul tanggungjawab sebagai isteri yang memang banyak tugasnya..jaga anak..layan suami. Bila banyak kerja, terkejar-kejar boleh buat kita mudah give up. Ditambah pula dengan bicara manusia yang macam-macam. Fokus memainkan peranan yang sangat penting, supaya kita tidak mudah berputus asa. Fokus terhadap apa matlamat atau pun target yang telah kita set.

3. Pilih siapa upline

Pilih upline yang aktif sangat penting dalam bisnes shaklee. Sebab apa? Upline yang aktif akan pandu kita tunjukkan jalan cara-cara buat bisnes dengan betul. Upline yang aktif semestinya ingin downlinenya sama-sama berjaya dalam bisnes.

4. Berani berimpian besar

Matlamat orang berbisnes adalah ingin berjaya. Ingin berjaya mencapai target dan impian mereka. Bila besar impian, maka bertambah keras usaha yang perlu di lakukan. Tapi semua itu tidak mustahil, sebab siapa rajin berusaha dia akan dapat apa yang diimpikan.

5. Mengerat silaturahim

Sebut bisnes pasti ada proses jual beli. Secara tak langsung ikatan hubungan silaturahim telah terjalin. Bila silaturahim terjalin rezeki akan murah melimpah ruah. SEbab tu, orang yang buat bisnes ni boleh jadi jutawan.

6. Rajin

Untuk mencapai semua impian, seorang peniaga perlu lah ada sikap kerajinan. Rajin dalam menimba ilmu dan rajin berkerja lebih keras.

Oleh itu, 6 sikap ini harus ada dalam diri kita demi mencapai impian yang diinginkan. Semoga bermanfaat sharing ini..gracias!

5-sikap-orang-berjaya

 

 

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..hari ni saya nak share tentang sebab kenapa kita perlu berjimat cermat. Memang sejak dari sekolah lagi kita sering dengar cikgu cakap menabung amalan mulia..atau sikit-sikit lama-lama jadi bukit…kenapa nak menabung sangat ni?nak simpan duit berbukit-bukit tu untuk apa? guna je lah kan..agak-agak kenapa?

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat

1) Untuk menghadapi ketika kecemasan

Kadang-kadang kita tak tahu apa nak jadi. Tak boleh nak agak sebab Allah yang aturkan semuanya…kita hanya merancang. Kita tak tahu tengah-tengah bulan kereta rosak. masa tu duit gaji dah tinggal sikit. Kos baiki kereta zaman sekarang paling minimum RM500 tau..bergantung atas kerosakan. Time ni lah kita sangat-sangat perlukan duit, kalau kita tak de simpanan nak korek tang mana lagi kan.

2) Untuk persediaan anak-anak

Anak-anak semakin hari semakin besar. Bila dah besar kena hantar pergi sekolah. Kos pembelanjaan sekolah hari ni bukannya murah tau..dah mahal. Semakin tinggi tahap pengajian semakin mahal perbelanjaan mereka. Kadang-kadang cikgu mintak belikan buku tambahan, mintak belikan baju sukan lah, belikan itu ini nak buat eksperimen dan macam-macam lagi. Kalau tak de simpanan mana kita cari duit? nak pinjam dengan mak?

3) Untuk hari tua

Bila umur kita dah semakin senja, nak kerja pon dah tak larat. Anak-anak semua dh besar diorang dah ada kehidupan diorang sendiri. Masa ni lah duit simpanan kita memainkan peranan. KIta tak boleh nak harap kan anak-anak sangat. Kalau boleh tak nak la menyusahkan diorang kan.

4) Untuk ketika sakit

Ujian Allah kepada hambanya pelbagai..kadang-kadang dalam bentuk kecelakaan, kadang-kadang dalam bentuk perasaan ada juga ujian melalui anak-anak.. Dan juga dalam bentuk diberi kesakitan. Tak terduga, hari ni sihat boleh makan boleh jalan tiba-tiba sedar dari tidur esok pagi tak boleh bangun sebab strok. Kita tak mintak pon benda tu terjadi tapi mana tahu kan. Kos rawatan pulak mahal..duit simpanan sangat-sangat diperlukan masa ni.

5) Untuk pergi Haji dan umrah

Betul..tunaikanlah Haji jika berkemampuan. Tapi dari mana kita nak dapatkan duit seketul RM10 ribu untuk pergi Haji. Memang tak de lah kan(Kecuali anak orang kaya) Jdi, kita kene menyimpan, sikit-sikit ada banyak simpan banyak. Buatla tabung khas untuk tunaikan Haji. Inshaa Alah bila kita usaha Allah akan tunjukkan jalan.

Kesimpulannya, penting ke tak berjimat cermat. Kenapa perlu berjimat? Kerana bila kita berjimat kita boleh menyimpan. Walaupun sikit-sikit lama-lama banyaklah.

Alaa..duit gaji ni pun cukup-cukup makan je..macam mana nak menyimpan, kalau menyimpan alamatnya kebulurlah kami.

OK..cadangan saya kita haruslah ikhtiar untuk cari pendapatan sampingan. Banyak cara antaranya:

– kerja overtime

Kalau company tawarkan sistem kerja overtime gaji pon dapat over maka buatlah sehari 1 jam atau 2 jam. Gaji kerja overtime ni kita jangan usik, simpan.

bisnes online

Buat dropship ke. Sekarang ni banyak produk jual secara dropship. Kita tolong jual barang dan kita dapat komisyen. Buat dropship kita tak perlu keluar modal untuk simpan stok, kita cuma perlu promote saja.

Oleh itu, kalau belum ada simpanan lagi tu buat lah. Mulakan hari. Sikit-sikit dulu pon tak pe. Janji ada.

5-sebab-kenapa-kita-perlu-berjimat-cermat

Ok..semoga bermanfaat!

Wassalam..

Bisnes Online Mudah Dari Rumah

Assalamualaikum..

Saya suka buat bisnes online sebab segala urusan dibuat secara online termasuklah menimba ilmu cara-cara buat bisnes. Dalam shaklee, cara-cara buat bisnes online saya banyak belajr daripada upline saya iaitu Master Salwa. Dari buat blog, facebook, instagram, page dan banyak lagi adalah 100% belajar secara online.

Sebenarnya belajar mengadap guru lebih baik, tapi dek kerana kami berjauhan cara begini adalah yang terbaik. Gunakan segala kemudahan yang ada seperti group fb, telegram group, webinar video live dan lain2 lagi.

Medium yang paling saya suka ialah webinar.  Ia macam betul2 mengadap guru sebab kita boleh berinteraksi dengan beliau pada masa yang sama. Ilmu yang diajar lebih cepat melekat di minda.

bisnes-online

Alhamdulillah..saya bersyukur sebab Allah pertemukan saya dengan bisnes shaklee ni dan pertemukan saya dengan upline yang sangat baik. Dalam fokus menjaga serta mendidik anak dirumah saya juga dapat menjana income untuk membantu suami mencari sumber pendapatan.

your trusted sid,

siti zaleha

1106820

013-2262920

Promosi bulan December 2016……Shaklee Collagen Powder.

Mencari Shaklee dikawasan anda?……………..Ejen Shaklee seluruh Malaysia.

Promosi Collagen Powder Shaklee December 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bulan December kunjung tiba..pejam celik dah akhir tahun 2016 kita ni ye..sekejap je masa berlalu..

ok..bulan December ni ada promosi Collagen Powder Shaklee..super jimat kalau beli bulan ni sebab beli 6 kotak dapat percuma sekotak! atau pun dapat less 5% kalau beli 2 kotak..

bulan ni juga ada promosi Vitalea For children. Beli 3 dapat percuma sebotol.

promosi-collagen-powder-shaklee

 

 

feel free for order with me..

your trusted sid,

siti zaleha

013-2262920

1106820

wassalam..

Saya Pengedar Shaklee di Kota Bharu Kelantan

Assalamualaikum..Salam sejahtera..semoga kita semua sihat-sihat selalu hendaknya..

Saya merupakan pengedar Shaklee aktif Kelantan dan membuat penghantaran produk Shaklee di kawasan Kota Bharu, Pasir puteh, Besut dan kawasan disekitarnya.

pengedar-shaklee-2
kakak dan abang

Saya mula menceburi bisnes Shaklee ni selepas saya mencuba sendiri produk shaklee. Oleh kerana ia berkesan ke atas diri saya dan banyak kebaikan lain saya dapat, saya mengambil keputusn untuk berkongsi kebaikan produk Shaklee ni kepada semua orang supaya tahap kesihatan kita lebih baik.

Produk pertama saya adalah set menyusu. Pada masa itu, saya baru melahirkan anak yang ke dua. Sebenarnya saya tak de sebarang masalah penyusuan..saya ambil set menyusu supaya baby saya mendapat protein dan vitamin yang mencukupi. Saya berazam untuk memberinya susu badan secara exclusive selama dua tahun. Dan Alhamdulillah..saya berjaya!

Berbeza dengan anak saya yang sulung. Saya hanya dapat menyusukannya selama 6 bulan sahaja. Saya terpaksa kerana masa tu saya perlu menghabiskan pengajian dan die terpaksa ditinggalkan dikampung. Dan saya memaksanya untuk minum susu formula!

Kesan daripada itu, anak sulung saya kerap demam. Antibodinya lemah berbanding anak saya yang kedua. Badannya sedikit kurus kerana kurang selera makan. Jadi, saya tak nak buat kesilapan yang sama terhadap anak saya yang kedua dan seterusnya..(inshaaAllah)

pengedar-shaklee
anak saya yang kedua

Alhamdulillah..saya dapati anak kedua saya tak mudah jatuh sakit. Walaupun selalu bermain tengah panas atau tengah hujan..bermain masak-masak dengan pasir (kat kampung). Tapi antibodinya kuat!

Selain itu, saya juga turut mendapat kebaikan lain. Badan saya semakin cergas, kulit saya semakin cantik..tumit kaki yang merekah hilang..Alhamdulillah..suka sangat. Satu lagi yang paling ketara adalah masalah sembelit saya juga selesai! Kalau dulu memang susah nak membuang. Mana taknya..seminggu sekali..nampak sangat usus saya tak sihat.

Dalam set menyusu ni ada Esp, Alfalfa dan Ostematrix. Esp sangat kaya dengan sumber protein..Alfalfa pula kaya dengan nutrien dan ostematrix kaya dengan kalsium. Kami sama-sama berkongsi kebaikan produk shaklee.

sekian,

semoga bermanfaat!

 

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee Online

Assalamualaikum sahabat semua..

Beberapa hari yang lalu, saya mintak tolong anak saudara(7tahun) pergi belikan gula. Kedai sebelah rumah je…so, saya kasi duit kat die rm 2 dan dengan selamba cakap “keep the chance”..

bisnes-shaklee-online

Tiba-tiba anak saudara saya tadi balik tanpa gula. Die bagi balik duit saya td rm2. “Gula habis ke dik?”..”maksu bagi duit tak cukup singgit..”Mak aih, saya yang ketinggalan zaman ke ataupun harga barang cepat sangat naik?..rasanya hari tu beli rm3 dapat dua kilo..huhu..

Sehari dua ni pula, kecoh satu kampung minyak masak tak de. Semua kedai runcit dalam kampung ni tak de minyak masak. macam mana nak masak ni kalau minyak tak de kan..kat pasaraya ada, tapi harganya naik sekali ganda. Masya Allah..kesian sangat kat orang-orang yang tak berkemampuan tu kan..macam mana diorang nak hidup ye..

Kegawatan ekonomi sekarang sangat-sangat menakutkan. Ada ura-ura mengatakan Malaysia akan jatuh bankrap dan ekonomi Malaysia kini dalam keadaan mudarat. Ditambah dengan hutang negara yang berbiloin tu. Nauzubillah..doakan semoga perkara itu tidak berlaku ye..

Jadi, sebagai rakyat marhain..kita tak mampu untuk berbuat apa-apa..sekadar melihat corak perjalanan ekonomi serta pembangun yang semakin hari semakin meninggi. true? (tak nak ulas untuk apa pembangunan tapi rakyat menderita) =)

Untuk menghadapi situasi ini saya mengambil keputusan untuk menjalankan bisnes shaklee online. Kenapa secara online? Sebabnya…sesuai sangatlah dengan saya wanita surirumah yang ingin menjaga keluarga sehabis baik.

Kalau saya keluar bekerja anak-anak terpaksa diletakkan di rumah pengasuh kan..pastu pulak tak de kerja yang separuh hari, mestilah dari pagi sampai petang. So, masa bersama anak-anak terhad.(alasan)

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee Online:

  1. Bisnes yang paling mudah. Sebabnya saya tak perlu nak fikir tentang produk semua tu, saya cuma perlu sharing dengan masyarakat diluar sana tentang keberkesanan produk shaklee.
  2. Shaklee satu-satunya vitamin yang mempunyai Landmak Study. Diuji secara klinikal.
  3. Mempunyai pengguna yang ramai. Ahli shaklee yang berdaftar telah mencecah seramai 2juta lebih..kalau ditambah dengan yang tak berdaftar(pun ada) maka lagi lah ramai kan..
  4. Berkesan. Saya pengguna produk shaklee. dan saya jatuh cinta dengan nya sebab keberkesanannya. Saya bermula dengan set menyusu. Kesan die bukan setakat memperbanyakkan susu, malah memcantikkan kulit saya, menghilangkan resdung, menyelesaikan masalah sembelit dan banyak lagi.
  5. Semulajadi. Vitamin Shaklee adalah bersumberkan bahan semulajadi.
  6. Selamat digunakan. Ujian yang dilakukan keatas produk shaklee telah dibuat keatas manusia, bukan haiwan seperti tikus.
  7. Ganjaran yang besar. Shaklee menawarkan 3C kepada ahli iaitu; cash, car dan convention.(mengikut jualan bulanan)

Haa..suka tak duk dalam rumah je tapi ada income pasif lagi. seronok kan!

kami sentiasa bekerjasama untuk berjaya
kami sentiasa bekerjasama untuk berjaya

Nak bantu suami cari pendapatan? Nak income tapi duk rumah je? Hubungi saya dan saya akan add ke dalam group bisnes shaklee yang hebat!

Semoga bermanfaat, wassalam..

siti zaleha

013-2262920